Wednesday, May 12, 2010

ABOUT EYES n MAKE UP YOUR EYES

MATA ; sesuatu yang dapat menarik perhatian lelaki dan banyak rahsia di sebalik mata atau betulkah mata dapat menyimpan cinta....?????



1. Mata akan kelihatan lebih besar dan menyerlah jika you all meletakkan sedikit eyeliner berwarna gold di bahagian hujung mata.

2. Sesetengah orang tidak ingin menonjolkan matanya , solekan yang sederhana berona pink agar sesuai.

3. Jika mata seseorang itu agar kecil, eyeliner wajib dipakai untuk memberikan kesan mata yang lebih besar & tajam. Mulakan dari sudut mata bahagian yang dalam menuju ke bahagian luar.

4. Jika ingin nampak gorgeus & seksi, pakailah eyeshadow yang berwarna gelap seperti hitam, coklat, ungu tua. Highlight warna krim / putih kemudian tambahkan eyegilter di atas solekan eyeshadow dan lingkarilah eyeliner hitam / senada warna dengan eyeshadow untuk mendapatkan efek mata yang tebal & tajam lagi menawan.

5. Untuk solekan pink / neutral, eyeshadow pink disapukan di kelopak mata sahaja. Kemudian baurkan eyeshadow krim ke arah tulang mata. Eyeliner coklat dipakai nipis - nipis di pinggir kelopak mata & bawah mata. Tambahkan bulu mata palsu untuk kelihatan menarik. Setelah itu tutup bulu mata palsu dengan liquid eyeliner hijau. Selain itu, blue mascara di gunakan untuk menarik lagi bulu mata palsu. Sebaiknya sepit bulu mata sebelum melentikkan dengan mascara atau memakai bulu mata palsu.

6. Mascara membuat mata you all lebih menarik & cantik lagi menawan. Mascara hitam memberikan kesan formal, manakala mascara biru, ungu & keemasan meninggalkan kesan dramatik. Mascara coklat pula memberikan kesan semulajadi.

7. Untuk mengaplikasikan mascara, mulakan akar bulu mata ke arah luar.

8. Fresh look memerlukan eyeshadow biru dan highlight putih, mascara coklat untuk bulu mata atas & bawah dan eyeliner pensel hitam pada garis mata atas.

9. Cantik dalam masa 10 - 15 minit : hanya baurkan eyeshadow dengan jari & lihatlah efek yang dihasilkan. Lupakan eyeliner, pakai mascara yang boleh melebatkan serta memanjangkan bulu mata. Untuk kelihatan kening yang menarik, gunakan pensel kening MAYBELINE.

No comments:

Post a Comment